Sunday, November 27, 2022

Jika calon tepat, BN tawan semula DUN Pujut — Nancy

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hii King Chiong, kalah tipis 1,759 kepada calon Dap Dr Ting Tiong Choon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lepas.

Justeru, BN yakin mampu merampas Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) berlangsung 4 Julai ini.

Setiausaha Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Nancy Shukri menurut Bernama berkata, BN dapat memenangi PRK Pujut sekiranya merangka rapi strategi mendekati yang sekitar 68 peratus pengundi Cina di situ.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Fit Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Wanita di pekarangan Kementerian Belia dan Sukan pada Jumaat, Nancy berkata perancang menaik taraf status ekonomi masyarakat Cina di situ mampu membantu menaikkan keyakinan pengundi kepada BN.

Tinggal lagi sekarang BN perlu memilih calon sesuai dan berpotensi bagi merealisasikan kemenangan tersebut.

Nancy yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyifatkan keputusan sidang DUN berkaitan pelucutan penyandang DUN Pujut, Ting pada 12 Mei lepas didakwa memiliki dua taraf kerakyatan Malaysia-Australia adalah muktamad.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan e-Dagang Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh membawa usul pemecatan Ting berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRK DUN Pujut berlangsung 4 Julai depan, manakala tarikh penamaan calon ialah 20 Jun ini. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru