Friday, August 12, 2022

Lelaki bogel terakam CCTV curi restoran burger

Secara Rawak

https://www.youtube.com/watch?v=D20nGI2oQCQ

HEBEI: Oleh kerana berasa badannya terlalu besar untuk dapat menyelinap masuk melalui lubang udara ventilasi, pencuri di Bazhou, Hebei China sanggup berbogel mencuri di sebuah restoran burger terkenal.

Shanghaiist mewartakan pada Jumaat, lelaki tersebut berbogel dan hanya berkaca mata memasuki restoran tersebut lalu menyelongkar mesin juruwang dan mengebas duit di dalamnya.

Awalnya lelaki tersebut tidak menyedari aksinya terakam kamera CCTV restoran terbabit.

Meskipun begitu, selepas dia menyedari terdapat CCTV di restoran tersebut, dia masih tidak gentar walaupun terakam berbogel sebaliknya melakukan aksinya dengan pantas.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan dilaporkan sempat menutup salah satu kamera CCTV sebelum membawa lari wang 800 yuan (RM500) bersama sehelai apron untuk menutup tubuhnya.

Kejadian disedari pemilik restoran pada Isnin selepas menonton rakaman CCTV dan beliau segera menghubungi yang memburu pencuri berkenaan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru