Friday, August 19, 2022

Pas kata Amanah gila kuasa, Amanah kata Pas terhegeh-hegeh

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Dakwaan Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub bahawa Pas masih terhegeh-hegeh dan menagih kasih dengan kerajaan Selangor memperlihatkan sikap gelojoh dan gila kuasa parti tersebut, kata Ketua Penerangan Pas Selangor.

Malah,  tegas  Hasbullah Ridzwan, tidak timbul soal Pas menagih kasih pada sesiapa, sebaliknya Pas bekerja dalam kerajaan dengan sikap hormat-menghormati antara tiga parti.

Beliau menegaskan pimpinan Amanah juga tidak hormat dengan rakan-rakan lain dalam Pakatan mereka khususnya yang berada di Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Azmin Ali telah mengeluarkan kenyataan bahawa Pas kekal dalam kerajaan berdasarkan mandat yang diberikan oleh rakyat pada PRU ke-13.

Malah, Pas Selangor dalam  satu kenyataan memberi alasan yang sama.

Semalam Majlis Syura Ulamak Pas menamatkan kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana parti itu didapati melanggar adab kerjasama dan melemparkan fitnah kepada parti Islam itu, selain tidak menyokong RUU355 yang dibentangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.

Hasbullah berkata, tiada desakan di Selangor untuk Pas keluar daripada kerajaan negeri.

Kerajaan Selangor terdiri daripada Pas, DAP, PKR dan Amanah.

“Sebaliknya PAN yang menunjukkan sikap kecewanya dengan kenyataan sedemikian. Siapa yang sebenarnya terhegeh-hegeh dan menelan air liur…?” soalnya, merujuk Amanah dengan akronim PAN. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru