Friday, August 19, 2022

Bayi rentung, ibu bapa melecur rumah pekerja terbakar di Beluran

Secara Rawak

SANDAKAN: Seorang bayi rentung manakala ibu bapanya cedera melecur dalam kebakaran satu blok rumah pekerja di Ladang Tangkarason Maridian Plantation Sdn Bhd di Beluran, kira-kira 215 kilometer dari sini.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, kebakaran itu berlaku pada kira-kira 8 malam Rabu tetapi pihak bomba hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada kira-kira 8.45 pagi Khamis.

Mayat bayi perempuan berusia sebelas bulan itu dikenali sebagai Ainur Jiman hanya dikeluarkan dari kawasan kebakaran oleh pihak polis pada kira-kira jam 2 petang Khamis dan dihantar ke Hospital Pitas untuk bedah siasat, katanya dalam kenyataan malam tadi.

“Disebabkan lokasi yang jauh iaitu kira-kira 215 kilometer, anggota Bomba dan Penyelamat mengambil masa tujuh jam untuk sampai di tempat kejadian menggunakan kenderaan pacuan empat roda,” katanya.

Beliau berkata bapa kanak-kanak itu, Jiman Alimudin, 25, dan ibunya Aditri Rahman, 24, yang melecur di beberapa anggota badan kini dirawat di hospital sama. Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru