Friday, December 2, 2022

Remaja, 14, hasilkan Tenaga Elektrik Nabati dari pokok kedondong

Secara Rawak

BANDA ACEH: Remaja Aceh, Naufal Rizki ketika berumur 14 tahun berjaya menghasilkan tenaga elektrik dari pokok kedondong yang dinamakannya Tenaga Elektrik Nabati (TEN).

Pada 2014, Naufal sudah melakukan eksperimen dengan bantuan ayahnya, Supriaman pekerja bidang elektronik menghubungkan pohon dengan kabel menuju lampu.

Menurut Naufal, anak sulung dua beradik dari pasangan Supriaman-Deski, di sekolah dia belajar bahawa setiap buah yang mengandungi rasa masam atau bersifat asid memiliki sumber tenaga elektrik.

“(Jadi) jika buahnya mengandungi asam… pokoknya juga turut mempunyai bahan yang sama sehingga boleh menghasilkan tenaga elektrik,” katanya.

Aktual.com melaporkan Naufal mengaku, awal 2014, selepas membaca buku sains di kelasnya MTSN Langsa Lama, Kota Langsa, dia sudah mencuba kaedah tersebut pada kentang, mangga dan belimbing sebelum pada pokok kedondong.

Pada Minggu Inovasi Perkembangan (PIN) dan Progranm Teknologi Tepat Guna (TTG) Nasional 7-12 Oktober 2015 di Stadium Harapan Bangsa, Lhong Raya Banda Aceh, Naufal mempamerkan kejayaan Tenaga Elektrik Nabati (TEN) nya itu.

Naufal menggunakan paip tembaga, batangan besi, diod dan kapasitor untuk mendapatkan arus elektrik dari lapan pokok kedondong bagi mengasilkan tenaga elektrik sekitar 6 volt.

Aceh Tribunnews melaporkan, Naufal sudah membuat kajian 80 kali dengan perbelanjaan sekitar RM4,500 menghasilkan tenaga elektrik dari pokok kedondong.

Naufal pernah mendapat pembiayaan Rp9 juta pada TTG 2014 di Sigli dari Badan Pemberdayaan Masyarakat Wilayah Aceh bagi tujuan kajian lanjut.

“Kami menguji di rumah bagi keperluan elektrik setiap hari,” ujar Naufal.

Berkat penemuan Naufal itu, kini sekitar 60 rumah di kampungnya mendapat cahaya elektrik murah bersumberkan pokok kedondong yang ditanam di persekitaran rumah. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru