Wednesday, September 22, 2021

Pas dakwa diserang, difitnah kerana mahu lemahkan sokongan terhadapnya

Mesti baca

KOTA BHARU:  Tindakan berterusan pemimpin Pakatan Harapan  menyerang Pas adalah bagi melemahkan sokongan pengundi terhadapnya  pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, dakwa Timbalan Presidennya.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR, Amanah dan  Bersatu sengaja mahu menimbulkan keraguan terharap  para pengundi dengan melakukan pelbagai serangan terhadap Pas.

Beliau berkata demikian  selepas mesyuarat di JKR 10 Kota Bharu semalam.

Pas kebelakangan ini sentiasa diserang dari pelbagai penjuru, termasuk menerima dana 1MDB daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh parti komponen Pakatan Harapan selepas tidak mahu bekerjasama dengannya.

Tuan Ibrahim berkata, Pas cuba mengatur strategi supaya berlaku perubahan lebih menyeluruh dalam kalangan orang Melayu, namun tetap berpegang kepada dasar yang sama.

“Apa yang berubah hanya pendekatan dan strategi bagi menghadapi situasi semasa,” katanya.

Pas mengumumkan untuk bertanding 80 kerusi dalam PRU nanti dan yakin dapat menang 40 kerusi.

Malah, ia memberi peringatan kepada Pakatan Harapan agar tidak mengganggu kerusi yang bakal ditandinginya. – Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru