Video wanita India dicukur kepala kerana mencuri di kedai Melayu adalah palsu, berlaku di Venezuela – Polis

0
27

PUTRAJAYA: Tiada kes wanita India dicukur kepala kerana mencuri di kedai pemilik peniaga Melayu di negara ini

Sebaliknya, ia berita dan video palsu yang ditularkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang berniat jahat untuk mengganggu sensitiviti dan keharmonian antara kaum.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Bukit Aman, ACP Asmawati Ahmad, berkata penularan video dan mesej tersebut telah dikesan meracuni fikiran dan emosi rakyat hingga menimbulkan pelbagai reaksi berbaur perkauman.

“Malah ia telah dikongsi secara meluas dalam semua medium media sosial.

Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dan bijak menilai setiap berita yang dikongsikan atau tular.

“Malah mereka seharusnya lebih matang dan tidak menjadi mangsa niat serong pihak tertentu yang berusaha menggugat malah memusnahkan keharmonian masyarakat majmuk di negeri ini.

Asmawati berkata, hasil semakan dan siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku di Maracaibo, Venezuela sekitar tahun lalu.

Ia bukan berlaku di Malaysia seperti yang difitnahkan. – Sarawakvoice