Thursday, September 29, 2022

Manyin pegang kementerian pendidikan, tangani sekolah daif, baiki prestasi pelajar

Secara Rawak

TELAGA AIR: Demi keperluan mendesak, Sarawak mewujudkan Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi di bawah pimpinan Dato Sri Michael Manyin Jawong selain dibantu Menteri Muda Dr Annuar Rapa’ee.

Setakat ini, bidang pendidikan keseluruhannya masih dikawal selia kerajaan Pusat melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dato Sri Michael Manyin Jawong

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi memuji langkah ke hadapan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mewujudkan kementerian khas tersebut demi memberi nilai tambah menjaga hal ehwal pendidikan negeri.

Abdul Rahman berharap kementerian tersebut mampu menyelesaikan segera permasalahan prasarana sekolah daif di luar bandar serta prestasi akademik pelajar Sarawak dengan berkesan.

Bercakap selepas perasmian Pertandingan Memancing sempena Sambutan Peringkatan Hari Polis Ke-210 di Sibu Laut dan Telaga Air pada Ahad, Abdul Rahman berkata, langkah tersebut sejajar hasrat kerajaan mencapai aspek pendidikan setaraf Semenanjung Malaysia.

Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai menyifatkan kementerian berkenaan mampu memberi perhatian khusus mengangkat mutu pendidikan dan memperbaiki pencapaian pelajar di negeri ini. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru