Saturday, December 3, 2022

Tiada had tempoh status mualaf dipraktiskan S’wak

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata di Sarawak tiada had tempoh status mualaf atau saudara kita, ditetapkan kepada individu yang baharu memeluk Islam.

Berbanding di Semenanjung, misalnya di Wilayah Persekutuan, status mualaf ditetapkan lima tahun.

Bercakap selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah Mahrajan Amal Islami Saudara Kita Peringkat Kebangsaan 2017, Othman berkata Sarawak belum mengguna pakai sebarang had tempoh bagi saudara kita seperti negeri lain di Semenanjung.

Sementara, Othman mengingatkan saudara kita agar tidak bimbang status tersebut kerana ia tidak membezakan persaudaraan sesama Islam. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru