Tuesday, June 28, 2022

Israel mahu dirikan 25,000 lagi rumah di timur Jerusalem

Secara Rawak

JERUSALEM: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, mengambil peluang daripada lampu hijau yang diberikan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump musim lalu, dengan membina pembangunan 15,000 penempatan baru di timur Jerusalem.

“Saya akan bercakap dengan Netanyahu… ia akan menjadi isu yang dibincangkan oleh Trump,” ujar jurucakap Sean Spicer pada Selasa, ketika ditanya adakah Israel tidak pedulikan AS berkaitan rancangan berkenaan.

Trump, yang berjanji mengusahakan perdamaian Israel-Palestin pada Februari lalu meminta Netanyahu bersabar daripada membangun rumah baru di jerusalem.

Kementerian Perumahan Israel mengumunmkan mahu membangun perumahan baru di permukiman baru di Jerusalem.

Pemimpin Palestin mengecam pendirian kementerian berkenaan dan sedia memprotes sempena lawatan Trump ke Israel.

Israel menganggap seluruh Jerusalem sebagai “ibu kota abadi”, namun pada masa yang sama Palestin juga bercita-cita mendirikan ibu negaranya di situ.

Sebahagian besar negara di dunia memandang status Jerusalem adalah masalah yang mesti diselesaikan melalui diplomasi.

Pelan damai terakhir antara Isrel-Palestin terhenti pada 2014.

Menurut Reuters, Menteri Perumahan Yoav Galant mengatakan kepada Israel Radio, bahawa kementeriannya menyusun rancangan tersebut selama dua tahun, dengan jumlah pembangunan rumah mencapai 25,000 unit.

Ketua Rundingan Palestin, Saeb Erakat berkata, langkah Israel sebagai pelanggaran sistematis terhadap undang-undang antarabangsa dan merupakan sabotaj yang disengajakan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru