Thursday, December 9, 2021

Abg Johari gesa buruh golongan muda terlibat agenda ekonomi digital

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Negeri komited mengubah ekonomi tradisional kepada ekonomi digital dan sedia melibatkan golongan muda dalam agenda ini.

Di Sarawak, 60 peratus penduduk merupakan golongan muda dengan 1.3 juta tenaga buruh di Sarawak merupakan golongan muda.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Haji Openg sempena Perutusan Khas Sempena Hari Pekerja pada Isnin menegaskan kegagalan mengikuti trend di seluruh dunia ke arah ekonomi digital akan merugikan golongan muda.

Bai beliau, pelbagai industri bergerak ke arah internet menjadi keperluan terpenting pada masa akan datang dan golongan muda tidak mudah mengabaikannya.

“Saya menggesa pekerja meneruskan usaha belajar semula menerusi latihan agar kemahiran dapat dipertingkatkan,” ujar Abang Johari lagi.

Bagi beliau penting tenaga muda mengembangkan kemahiran masing-masing agar sentiasa relevan dalam persekitaran kerja yang sentiasa berubah.

Abang Johari menganggap pekerja di sektor awam atau swasta di Sarawak, masing-masing mempunyai peranan penting menyumbang kepada kemajuan serta kesejahteraan ekonomi.

Justeru, dalam sektor pekerjaan terus kekal bersaing di negeri ini, sangat penting bagi majikan melayan pekerja dengan adil dan menjaga kebajikan dan maruah mereka. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru