VIRGINIA: Jurucakap Polis di Waynesboro, Virginia, Kapten Kelly Walker mengesahkan pada Jumaat minggu lepas bahawa semenjak Disember 2016, sekitar tujuh kucing diculik oleh individu.
Misterinya, semua kucing tersebut dikembalilkan kepada tuan mereka dalam keadaan dicukur pada bahagian perut, kaki dan pahanya dengan corak yang sama.
Kucing tersebut didakwa dimandulkan dan ditag dengan memakai kolar pada leher.
Reuters melaporkan kucing berkenaan tidak dicederakan, namun dilaporkan menjadi “takut-takut” selepas dipulangkan kepada pemiliknya.

Tambah Walker, mereka tidak dapat mengambil sebarang tindakan kerana semua kucing yang diculik dikembalikan.
The Associated Press berkata, pihak berkuasa menggesa penduduk yang mempunyai maklumat agar tampil memberitahu polis.
Polis meminta individu yang melakukan kerja pelik itu agar menghentikannya segera. – Sarawakvoice