Sunday, August 14, 2022

Henry, anak Iban Sarawak aktor utama filem terbaru Hollywood

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pengacara tampan terkenal rancangan travelog tanah air, Henry Ewan Golding, 30, anak kacukan Iban, terpilih watak utama membintangi filem terbaru Hollywood berjudul “Crazy Rich Asians”.

Henry kacukan Iban-Inggeris, ayahnya warga England, sementara ibunya anak tempatan Sarawak.

Sudah berkahwin tahun lepas, isteri Henry Li Lo, model kacukan Itali-Taiwan.

Jejaka berdarah kacukan Iban-Inggeris ini membesar di England dan kemudian menetap di Malaysia dan Singapura.

Filem diadaptasi dari novel terlaris dengan tajuk yang sama karya Kevin Kwan 2013 ini disutrada oleh pengarah hebat John M.Chu yang pernah mengarah “Now You See Me 2”.

Henry Ewan Golding

Crazy Rich Asians mengisahkan watak Nick Yong lakonan Henry, jejaja tampan yang kaya berasal dari Singapura.

Filem turut dibintangi Tan Sri Datuk Michelle Yeoh Choo-Keng, 55, anak Ipoh, aktres handalan Malaysia taraf Hollywood memegang watak sebagai ibu Henry.

Dalam lingkaran filem Hoollywood, Michelle Yeoh menjadi gadis Bond, Wai Lin dalam “Tomorrow Never Dies” 1997, selain berlakon watak utama dalam filem aksi kungfu “Crouching Tiger, Hidden Dragon” pad 2000.

Filem terbitan WarnerBros Studio ini menampilkan ramai pelakon berdarah Asia.

Antara beberapa program travelog terkenal yang diacara oleh Henry ialah “Now Everybody Can Travel to New Zealand”, “2 Brothers 2 Cities”,” Without Boundaries” dan beberapa lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru