Tuesday, October 4, 2022

261 premis diserbu, 853 tahi judi ditahan di Sarawak dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini – Dev Kumar

Secara Rawak

KUCHING: Polis Sarawak telah menyerbu 261 prenis dan menahan 853 individu yang berkaitan dengan perjudian di seluruh negeri dalam empat bulan pertama tahun ini.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, dalam serbuan ini, sebanyak 295 mesin judi dan wang tunai RM115,791 telah disita.

“Sejumlah 209 daripada serbuan itu berkait penjualan 4D haram dan ia bersesuaian dengan usaha kita menangani judi haram,” katanya dalam satu kenyataan hari semalam.

Dev berkata, pihaknya akan terus memerangi aktiviti perjudian di negeri ini dengan melakukan serbuan berterusan di pelbagai lokasi.

“Terkini, pada 24 hingga 30 April lalu, kami telah melaksanakan 21 serbuan judi haram dan menahan 34 individu.

“Sebanyak 20 daripada serbuan itu adalah berkait judi haram 4D dengan tumpuan adalah di sekitar bandar raya Kuching.

Daripada jumlah itu jelasnya, pasukan Siasatan Jenayah (CID) Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak telah melaksanakan lapan serbuan di Kuching, Padawan dan Kota Samarahan.

“CID Kuching, Miri dan Betong masing-masing menjayakan tiga serbuan manakala CID Sibu, Bau, Serian dan Saratok masing-masing satu serbuan.

Gambar fail

Dev berkata, menerusi 20 serbuan terhadap premis yang menjual 4D haram, pihaknya telah menahan 23 individu, dan merampas wang tunai RM7,578.

“Turut dirampas telefon bimbit, mesin pencetak, slip pertaruhan, kalkulator dan alat tulis.

Serbuan katanya, turut dilakukan di gelanggang sabung ayam di Stutong dekat sini, yang mengakibatkan penahanan 11 lelaki dan rampasan pelbagai kelengkapan perjudian.

“Daripada 34 yang ditahan, 21 adalah lelaki. Kesemua suspek berusia di antara
17 hingga 71 tahun.

Kesemua suspek akan disiasat di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 dan Ordinan Menghalang Kekejaman Terhadap Haiwan 1962.

Menurut Dev, operasi judi haram di negeri ini akan terus berlangsung dan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap setiap kesalahan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru