Friday, December 2, 2022

Aktres Indonesia terlantar kanser, tiga tahun lalu dia pernah diramal di TV…

Secara Rawak

JAKARTA: Artis Indonesia, Julia Perez (Jupe) terlantar di hospital Cipto Mangunkusumo berjuang melawan kanser serviks tahap 4 yang menyerangnya sejak September 2014.

Jupe pernah berlakon filem “Merry Riana: Mimpi Sejuta Dolar” dan pernah menggondol Aktres Terbaik Festival Filem Bandung 2013.

Awal 2017, Jupe sempat menunaikan umrah bersama Ria Irawan dan suami Ria.

Pada Februari 2017, Jupe mula dirawat secara intensif di hospital dan terkini, keadaannya tidak stabil dan mendapat perhatian warga selebriti Indonesia.

Berkaitan penderitaan Jupe, kini tersebar viral rakaman siri televisyen ANTV tiga tahun lalu, 7 Ogos 2014, berkaitan Jupe pernah diramal oleh Vina Candrawati, isteri kepada Denny Darko yang juga merupakan pemenang The Master Season 2.

Dalam video tersebut ramalan pada mulanya dilakukan oleh Vina menggunakan kad dengan gambaran yang dibayangkan pada lukisan pasir.

Selepas mengambil satu kad, Jupe diminta memegang bahu Vina dan bermulalah ramalan.

Pada awalnya Jupe sangat ceria dan banyak bergurau, namun dia mula terdiam apabila Vina menahan emosi dan mula menangis serta tidak sanggup menceritakan maksud kad tersebut kepada Jupe.

Jupe menyerahkan tafsiran ramalan itu kepada suaminya, Denny.

Denny mengambil alih proses ramalan dan cuba menggambarkan maksud kad yang diambil oleh Jupe yang menggambarkan seorang wanita cantik memegang pedang melihat keluar alam bebas di luar istana.

Denny menjelaskan, “Perempuan itu punya segala hal, dia menatap ke luar jendela seraya memeluk pedang, meski sudah memiliki segalanya, mengapa perempuan ini tampak murung? Kerana tangan satunya memegang hatinya yang kosong,” jelas Denny.

Denny menjelaskan emosi isterinya, Vina ketika mengetahui hasil ramalan tersebut sama ketika dia meramal seorang kawan lain sebelum ini.

Mendengar ramalan tersebut, Jupe hanya terdiam, kemudian menangis.

Bagaimanapun, ketika itu, menganggapnya sebagai hiburan untuk rancangan tersebut, Denny menegaskan ramalan ini bukan sebuah kepastian, ia ibarat ramalan kaji cuaca, tidak semestinya benar berlaku.

Namanya pun hanya ramalan!

Denny benar, kerana sebelum ini terdapat beberapa ramalan negatif berkaitan Jupe, tetapi semuanya hanya ramalan yang tidak benar!

Dari segi agama, ramalan tidak digalakkan apatah lagi mempercayainya!

Untuk ramalan video tersebut, biarlah ia dijadikan sebagai hiburan sahaja. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru