Thursday, September 29, 2022

Kerajaan sasar 50 peratus rakyat M’sia miliki diploma, ijazah

Secara Rawak

HUTAN MELINTANG: Program Jelajah Pendidikan Bumiputera 2017 ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelajah 44 lokasi seluruh negara.

Program bermatlamat memberi peluang kepada pelajar Bumiputera yang tercicir ke universiti atau kolej kemahiran agar mampu melanjutkan pelajaran.

Setakat ini, program mendapat sambutan luar biasa apabila hampir 60,000 tawaran pengajian dikeluarkan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada majlis penutupan program berkenaan di SMK Hutan Melintang berkata, kerajaan menyasarkan 50 peratus rakyat Malaysia memiliki diploma dan ijazah menjelang 2050.

Beliau berkata sasaran itu diyakini tercapai menerusi Transformasi Nasional 2050 (TN50), iaitu 33 tahun dari sekarang dengan Malaysia berada pada ranking ke-20 dunia.

Memetik Bernama, Zahid berkata, untuk mencapai mobiliti sosial dan memastikan tiada pihak ketinggalan, rakyat Malaysia perlu mengetepikan perbezaan termasuk dari segi ras kaum.

Zahid menyeru mereka yang tamat pengajian dan mendapat pekerjaan agar terus meningkatkan ilmu pengetahuan untuk menjadi tenaga kerja berkemahiran tinggi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru