Tuesday, October 4, 2022

BN tawan Kelantan PRU14  — Ku Li

Secara Rawak

GUA MUSANG: Barisan Nasional (BN) memiliki peluang paling cerah menamatkan penguasaan 27 tahun kerajaan Pas Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, BN perlu mengatur strategi mulai sekarang bagi merampas kerusi Undangan Negeri (DUN) di Kelantan daripada pegangan Pas sejak 1990.

Bernama melaporkan pada Ahad, veteran Umno itu berkata, BN mampu menawan semula Kelantan berdasarkan keinginan rakyat yang mahukan pembaharuan.

Setakat ini, Pas dilihat lemah mentadbir serta dan gagal membawa perubahan di Kelantan.

Ku Li turut menyentuh berkaitan isu pembalakan di Kelantan sehingga mencetuskan kemelut di Gua Musang melibatkan masyarakat Orang Asli.

Bagi Ku Li, Kerajaan Negeri Kelantan memerlukan hasil balak, akan tetapi hak Orang Asli perlu dijaga daripada diceroboh.

Pada PRU13, Pas memenangi 32 kerusi Dewan Undangan Negeri, manakala BN pula 12 dan PKR menang 1 kerusi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru