Tuesday, June 28, 2022

Bayangan kudeta belum padam, Turki pecat 4,000 penjawat awam lagi

Secara Rawak

ANKARA: Masih belum reda dengan peristiwa cubaan kudeta terhadap Presiden Recep Tayyip Erdogan yang gagal Julai 2016, kerajaan Turki memecat sekitar 4,000 penjawat awam.

Usaha ini dilihat sebagai langkah pembersihan terhadap sejumlah pihak yang dianggap terlibat dalam kudeta yang gagal itu.

Menurut BBC pada Ahad, sumber mengatakan mereka yang dipecat termasuk 1,000 pekerja kementerian kehakiman, staf tentera dan lebih 100 juruterbang angkatan udara.

Melalui berita rasmi negara, kerajaan mengatakan semua staf yang dipecat dicurigai memiliki hubungan dengan “organisasi dan struktur teroris yang merupakan ancaman ke atas kesalamatan nasional”.

Pemecatan ini menyusul selepas pembuangan lebih 9,000 polis dan penangkapan 1,000 lainnya, Rabu lepas.

Mereka dicurigai memiliki hubungan dengan ulama Fethullah Gulen yang hidup dalam pelarian berpangkalan di AS.

Erdogan menuduh Gulen menghasut cubaan kudeta tahun lalu.

Namun, Gulen membantah tuduhan berkenaan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru