Tuesday, June 28, 2022

Tiada hantu di dalam perutnya!

Secara Rawak

KOLKATA: Shyamal Tirke, 49 setahun dikurung di biliknya, selepas keluarganya percaya cakap dukun kampungnya di Kolkata, India, bahawa ada hantu di dalam perut merasuknya, sehingga perutnya membusut sebesar tembikai raksasa.

Setiap kali makan Shyamal akan muntahkan semula isi perutnya.

Sejak itu, ahli keluarga berhenti bercakap dengannya.

Hanya selepas didesak oleh jirannya agar dia membuat pemeriksaan di hospital, barulah Shyamal mengetahui punca sebenar mengapa perutnya membusung.

Tiada hantu menghuni perutnya atau jin merasuknya!

Menurut Dailynews, pemeriksaan dan imbasan X-ray yang dijalankan pihak hospital mengesahkan Shyamal menghidap Retroperitoneal Liposarcoma iaitu sejenis tumor atau ketumbuhan.

Ia membiak di dalam tisu lemak dalam ruang abdomen berhampiran buah pinggang, pankreas dan pundi kencing.

Tiga doktor lantas menjalankan pembedahan memakan masa dua jam untuk mengeluarkan tumor 44 kilogram, sebesar bola pantai dari perut Shyamal.

“Ini kali pertama kami mengeluarkan ketumbuhan besar ini. Ia tumor yang sangat jarang berlaku.

“Shyamal semakin pulih dan sedia menjalani kehidupan seperti biasa tidak lama lagi,’’ kata doktor yang merawat Shyamal, Dr. Partha Sarathi Ghosh. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru