Tuesday, August 16, 2022

Punca Pas tolak DAP

Secara Rawak

ALOR SETAR: Pas menolak untuk bekerjasama dengan DAP kerana konsep dan perjuangannya yang menolak Islam dan bersifat rasis, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Namun, kata Hadi, Pas tidak memusuhi mana-mana kaum di negara ini kerana mereka turut menyumbang kepada keharmonian yang berterusan di negara ini.

“Pas hanya menentang sikap cauvinis dan perkauman sempit parti tertentu. Apa yang penting, kita serlahkan keyakinan Islam sebagai penyelesaian,” ujarnya.

“Apabila dia fahaman cauvinisme tujuannya adalah untuk satu kaum, yang bercanggah dengan perjuangan kita,” kata Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Pas ke-63, di ßini, semalam.

Katanya, parti cauvinis boleh bertindak tanpa hormat pada pihak lain.

“Apabila berbeza pendapat, mereka bertindak tanpa adab dan sopan sehingga menghilangkan hubungan setia kawan,” katanya.

Pas kini bagai berputus arang dan berkerat rotan dengan DAP. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru