Thursday, June 30, 2022

Tahanan bersesak di bilik sempit di Manila, hanya dibebas polis selepas bayar tebusan

Secara Rawak

MANILA, Filipina: Agensi berita BBC semalam melaporkan sekurang-kurangnya 11 orang ditemui terkurung dalam bilik kecil tersembunyi di sebalik rak buku di sebuah balai polis di sini.

Mereka ditemui ketika serbuan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (CHR) susulan maklumat orang ramai dan telah berada di sana selama seminggu.

Menurut mangsa, mereka “disimpan” polis di balai polis Manila untuk memeras ugut wang.

Tetapi pihak polis mendakwa, mereka ditahan sebagai sebahagian daripada perang dadah oleh Presiden Rodrigo Duterte.

Duterte melancarkan tindakan keras dan kejam yang membawa kematian lebih 7,000 pengedar dadah yang disyaki dibunuh oleh polis dan sekumpulan individu tertentu.

Puluhan ribu ditahan sejak ia dilancarkan tahun lepas.

Supritendan Robert Domingo memberitahu, tahanan yang ditemui pada Khamis ditahan dalam satu serbuan dan tidak mempunyai sebarang dokumen kerana masih dalam proses.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan, semasa serbuan oleh CHR, ramai tahanan yang dikurung di dalam bilik tanpa tingkap itu mendakwa tidak bersalah dan diminta untuk membayar di antara P40,000 dan P200,000 (RM 3,464- RM 173,107) jika mahu bebas.

ABS-CBN melaporkan, tahanan juga didakwa diseksa dan bilik berkenaan tidak mempunyai bekalan elektrik dan dipaksa membuang air menggunakan beg plastik dan bukannya tandas.

Domingo menafikan semua dakwaan itu dan memberitahu The Inquirer bahawa bilik bersaiz 1mx3m itu adalah “seperti ruang yang tidak digunakan”

“Mengapa saya tidak memaksimumkan ia,” katanya.

Sementara itu, jurucakap CHR, Jackie De Guia berkata, mereka akan terus menyiasat apa yang berlaku di balai polis berkenaan.

“Tiada pusat tahanan normal yang dibuat di belakang peralatan seperti rak buku.” katanya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru