Friday, October 7, 2022

Lelaki Sarawak ditembak di Krayan, Indonesia, selepas cuba larikan diri dari polis, keluarga lakukan protes di sempadan

Secara Rawak

NUNUKAN, Indonesia: Dua das tembakan terpaksa dilepaskan oleh Polis Indonesia sebelum menahan kembali seorang lelaki rakyat Sarawak, yang berasal dari Ba’kelalan kerana cuba melarikan diri daripada tahanan polis.

Lelaki tersebut yang dikenal pasti sebagai Sigar Kadir, pada Isnin lalu ditahan bersama-sama dua rakannya yang lain kerana dipercayai mengedar 50 gram dadah jenis syabu, di wilayah Krayan, dekat sini.

Menurut Ketua Polis Nunukan, Asisten Komisioner Besar, Pasma Royce,
Sigar ditembak pada paha dan tangan kanan ketika hendak dibawa dari Rumah Sakit Long Bawan ke pejabat Polis Sektor (POLSEK), Krayan.

Sebelum itu, suspek dilaporkan mengadu kesakitan ketika dalam tahanan polis dan dibawa ke rumah sakit berkenaan untuk pemeriksaan dan rawatan.

“Bagaimanapun, ketika dibawa semula ke pejabat polis, suspek mencederakan anggota polis yang mengawalnya dan bertindak melarikan diri.

“Ini menyebabkan anggota polis terbabit terpaksa melepaskan dua tembakan ke arahnya.

Susulan insiden itu, difahamkan seramai 14 rakyat Malaysia, dipercayai ahli keluarga ketiga-tiga suspek, memprotes tindakan polis negara jiran itu.

Malah mereka dikatakan pergi ke sempadan negara yang dikawal Tentera Darat meminta pagar sempadan ditutup, namun gagal sebelum mengugut membuat hadangan jalan menggunakan tanah di kawasan pintu sempadan Malaysia-Indonesia.

Sehubungan itu, pekerja Indonesia yang bekerja di Ba’kelalan diminta pulang segera ke Long Bawan Krayan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini, sehingga keadaan kembali tenang.

“Ia hanya protes sementara. Keadaan telah kembali tenang,’’kata Pasma lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru