Tuesday, August 16, 2022

Kotak rokok tanpa jenama: Kementerian Kesihatan sangat setuju

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Cadangan memperkenalkan kotak rokok tanpa memaparkan logo jenama tertentu mendapat respons positif pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Seperti di beberapa negara di dunia antaranya Australia dan Perancis mewajibkan penggunaan kotak rokok tanpa jenama berjaya membantu kempen mengurangkan pertambahan jumlah perokok tegar.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bersetuju dan berpendapat kaedah seperti itu inisiatif baik ekoran meningkatnya jumlah perokok di Malaysia setiap tahun.

Setakat 2015, jumlah perokok tegar di Malaysia dilaporkan seramai 5 juta orang.

Memetik laporan Kosmo pda Jumaat, Noor Hisham berkata, Malaysia sedia melaksanakan kaedah yang berjaya dilaksanakan di beberapa negara lain itu.

Sementara itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menggesa kerajaan mewajibkan syarikat pengeluar rokok mengeluarkan kotak rokok tanpa logo jenama.

Dalam perkembangan terbaru, Britain turut melaksanakan langkah berkenaan pada Mei ini.

Penyelidik meyakinkan, Britain dapat mengurangkan sehingga 300,000 perokok di negara berkenaan dalam tempoh setahun.

Kotak rokok tanpa logo jenama diwajibkan memiliki warna, bentuk dan saiz tulisan yang seragam.

Bagaimanapun, amaran kesihatan dan maklumat lain oleh kerajaan masih dikekalkan pada kotak rokok.

Kosmo melaporkan kenyataan Pegawai Penyelidikan dan Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) N. V. Subbarow bahawa langkah drastik itu perlu disegerakan memandangkan pertambahan jumlah perokok di Malaysia serius.

Subbarow berkata, tujuan utama kempen, mengurangkan jumlah perokok dan pesakit akibat merokok seterusnya menyelamatkan duit rakyat yang digunakan bagi menanggung kos rawatan pesakit.

Presiden Persatuan Pengguna Islam (PPIM) Malaysia, Datuk Nadzim Johan turut bersetuju dan menggesa kerajaan mewajibkan pengeluar membungkus rokok tanpa mencetak jenama pada kotaknya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru