KUALA LUMPUR: Tidak pernah dalam sejarah, Korea Utara meminta bantuan daripada pertubuhan Asean.

Malaysia merupakan satu daripada sepuluh anggota Asean yang berdepan masalah dari segi hubungan diplomatik dengan Korea Utara baru-baru ini.

Asean diminta supaya memainkan peranan lebih aktif untuk menjaga keamanan di Semenanjung Korea.

Korea Utara berkata, keadaan panas berlaku di Semenanjung Korea sehingga boleh mencetuskan perang disebabkan tindakan Amerika Syarikat.

Menteri Luar Negeri Korea Utara Ri Yong-ho

Menteri Korea Utara itu berkata, punca meruncingnya situasi di Semenanjung Korea ialah latihan tentera antara pasukan Amerika Syarikat dan Korea Selatan di perairan Semenanjung Korea.

Korea Utara menyifatkannya sebagai tindakan provokatif.

Surat ini diterima menjelang Persidangan Tingkat Tinggi Asean di Filipina, Sabtu, 29 April 2017.

Surat yang ditulis Menteri Luar Negeri Korea Utara Ri Yong-ho itu 23 Mac lalu disiarkan AFP pada Khamis.

Tindakan mengutus surat terbabit dianggap sebagai tidak biasa sekali gus pertama kali.

Bagai tak malu, Korea Utara kelihatan begitu terdesak.

Hubungan Korea Utara dengan Malaysia, anggota dan pengasas Asean, meruncing baru-baru ini gara-gara kematian Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di KLIA2 akibat diracun pada 13 Februari 2017. – Sarawakvoice