Tuesday, June 28, 2022

Naik teksi terbang Uber 2020

Secara Rawak

CALIFORNIA: Uber akan memulakan perkhidmatan unit teksi terbang di Dallas-Fort Worth, Amerika Syarikat menjelang 2020.

Operasi serupa turut bermula di Dubai, Emeriyah Arab Bersatu di Timur Tengah menjelang World Expo Sedunia 2020 apabila ia mengambil bahagian dalam demonstrasi Uber Elevate Network.

Menurut Reuters, Ketua Pegawai Produk Uber Jeff Holden berkata teksi terbang Uber berdimensi kecil serta menggunakan tenaga elektrik dan mesra alam.

Teksi terbang jimat ruang dan tidak memerlukan kawasan lapang untuk berlepas dan mendarat.

Ia menggunakan sistem mendarat dan berlepas secara menegak atau vertical take off and landing (VTOL) seperti drone atau helikopter.

Kenderaan masa depan ini direka bentuk bersifat mesra kota.

Kini, Uber bekerjasama dengan Hillwood Properties dan ChargePoint menyediakan tapak berlepas dan mendarat VTOL uber serta prasarana bagi kemudahan mengecas dengan kuasa elektrik di Dallas.

Sebagai perbandingan dari segi masa, Holden menambah, teksi terbang hanya memerlukan masa sekitar 15 minit untuk perjalanan antara Marina di San Francisco menuju San Jose berbanding dua jam jika menggunakan kereta di jalan raya.

Dari segi sewaan, pengguna dicaj AS$1.32 (RM5.80) seorang bagi setiap 1.6 kilometer perjalanan.

Sewa tersebut sedikit lebih mahal berbanding menyewa UberX untuk jarak yang sama.

Bagaimanapun, untuk jangka panjang, Uber menilai sewaan teksi terbang akan menjadi lebih murah berbanding menggunakan kereta sendiri pada masa depan.

Bagi kegunaan awam, di Slovakia pula, kereta terbang AeroMobil boleh ditempah pada Pameran Top Marques Monaco pada Khamis, 20 April 2017 lepas.

Kereta terbang ini pada harga sekitar 1.5 juta Euro (lebih RM7 juta).

Bagaimanapun, pemesan hanya mendapat unit tersebut menjelang 2020.

Berbeza dengan kereta terbang yang syarikat lain, AeroMobil melakukan operasi berlepas dan mendarat sama seperti pesawat terbang lain yang memerlukan ruang dan jarak jalan yang panjang.

Menurut Reuters, Ketua Pegawai Komunikasi  Stefan Vadocz berkata, pemandu perlu memiliki lesen juruterbang.

AeroMobil dikeluarkan sebanyak 500 unit untuk fasa pertama dan dipasarkan di Eropah dan Amerika Syarikat. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru