Tuesday, June 28, 2022

Kisah ayah campak bayi ke api… si ibu masak bayi dengan microwave

Secara Rawak

SUKABUMI: Gara-gara isteri tidak menyediakan makanan untuknya, sang ayah Taruna, 23, mengamuk lalu mencampakkan bayi berusia 47 hari ke bara api di dapur rumahnya.

Bagaimanapun, pada kejadian Ahad lepas di jawab Barat itu, bayi tersebut hanya jatuh di bahagian tepi bara api dapur.

Sang isteri, Yeni Maryani, 20, dengan pantas menyelamatkan anaknya dan meminta tolong.

Sebelum itu, Taruna pekerja di sawah milik jiran di Singkup, Nyalindung, mengamuk dan memukul isterinya ketika Yuni mengendong bayi berkenaan.

Mereka bertengkar mulanya kerana Yeni belum sempat memasak, sedangkan Taruna sudah kelaparan sekembalinya dari bekerja di sawah.

Si isteri dikatakan turut marah lalu melempar mangkuk ke dapur.

Secara spontan Taruna pula menyambar bayi dan melempar anaknya ke lantai, arah tungku memasak, ketika itu api sedang menyala.

Mendengar jeritan Yuni, jiran segera membantu.

Mereka juga berjaya menangkap Taruna.

Polis menahan Taruna di sel tahaan Mapolsek Nyalindung dan mendakwanya sebagai suspek.

Sementara itu, bayi perempuan yang lebam dan melecet bahagian dagu, dahi, paha dan hidung, masih mendapat rawatan intensif di RSUD R Syamsudin SH.

Keadaan bayi dilaporkan beransur stabil menurut Ketua Polis Sukabumi AKBP M Ngajib

Ini pula kejadian lain yang tidak berkaitan.

Kejadian gila ini berlaku pada Disember 2015 di California, berkaitan seorang ibu bernama Ka Yang, 34, yang sanggup memasak anaknya berusia sekitar dua bulan.

Daily Star pada Disember 2015 melaporkan, Ka Yang sanggup memasak bayi bernama Mirabelle Thao-Lo menggunakan ketuhar gelombang mikro selama lima minit.

Bayi malang tersebut maut akibat 80 peratus kecederaan serius dengan organ dalamnya turut dilaporkan terbakar.

Ka Yang mulanya terancam penjara 26 tahun, tetapi akhirnya divonis hukuman penjara seumur hidup.

Tiga lagi anak Ka Yang dijaga oleh ahli keluarganya.

Sebelum kes ini berlaku, di mata keluarga Ka Yang terkenal sebagai ibu yang sangat baik dan menyayangi anak-anaknya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru