Tuesday, June 28, 2022

Tiga tahun tinggal di loteng tandas, ada dapur, pemanas elektrik…

Secara Rawak

USUKI: Lelaki bernama Takashi Yamanouchi, 54, ditangkap pihak polis 13 April lepas setelah didapati tinggal tiga tahun di atas loteng sebuah tandas awam di Jepun.

Menurut Mainichi pada Rabu, gelandangan berkenaan dituduh menceroboh selepas pekerja elektrik yang sedang bertugas di tandas tersebut terserempak melihatnya berada di loteng berkenaan.

Lelaki penganggur itu mengaku dia meninggalkan wilayah Gifu sekitar 10 tahun lalu.

Dia tidak memiliki rumah, menjadi gelandangan dan akhirnya memilih tinggal di atas loteng tandas awam di Kota Usuki.

Dia mendakwa “mengambil alih” tempat itu  selepas seorang lagi gelandangan pindah dari loteng berkenaan.

Polisi mengaku menemui ratusan botol yang digunakan sebagai penyimpan air kencing Yamanouchi.

Polisi turut menjumpai pemanas elektrik, dapur gas, pakaian serta pelbagai barangan  milik Yamanouchi.

Walaupun tinggal di loteng tandas, pegawai melaporkan tempat tinggal Yamanouchi tetap kemas dan bersih.

Lelaki tersebut dijangka memasuki loteng dengan cara memanjat dinding tandas dan menyelinap melalui ruang bersaiz 50 sentimeter. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru