Tuesday, June 28, 2022

Sungai jus buah mengalir di jalan raya Lebedyan

Secara Rawak

LEBEDYAN: Atap kilang PepsiCo Lebedyansky roboh sehingga menyebabkan dua pekerjanya terperangkap di kabin setinggi 38 meter.

Paling mengejutkan insiden berlaku Selasa lepas itu menyebabkan berlakunya aliran sungai buah-buahan selepas bertan-tan jus buah kilang berkenaan mengalir di jalan raya.

New York Post melaporkan media setempat memuat naik video serta foto yang memperlihatkan cairan berwarna mengalir di atas jalanan Kota Lebedyan hingga memasuki Sungai Don.

Pihak berkuasa setempat turut memantau sekiranya banjir buah-buahan itu menyebabkan berlakunya pencemaran.

Russia Today pada Khamis berkata, Ketua Humas PepsiCo Rusia, Marina Zaibaryova mengatakan pihak syarikat berusaha membersihkan Lebedyan dari tumpahan jus.

Beliau berkata, “Paling penting di sini ialah jus itu tidak membahayakan masyarakat setempat,” ujarnya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru