Tuesday, October 4, 2022

Rafizi pilih bulu dalam kes Adam Rosly, Guan Eng

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dilihat bersikap berat sebelah apabila mahukan partinya itu menjarakkan diri daripada Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang Datuk Adam Rosly Abdullah yang menghadapi pertuduhan mengemukakan dan memberi pernyataan palsu , kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Irmohizam yang juga Anggota Parlimen Hulu Selangor mempertikaikan bagaimana dalam masa yang sama Rafizi boleh ‘berkawan rapat’ dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga menghadapi tuduhan rasuah.

“Nampaknya beliau benar-benar bersikap pilih bulu, tidak pula beliau mendesak untuk Lim Guan Eng meletak jawatan setelah menghadapi tuduhan rasuah. Sepatutnya itu adalah sebaik-baik tindakan bagi cerminan beliau yang kononnya berintegriti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menyoal apakah wujud perbezaan yang ketara dalam soal berkenaan sedangkan Setiausaha Agung DAP itu juga berdepan dengan pendakwaan di mahkamah sekali gus memperlihatkan betapa seruan tersebut bukan sahaja pelik malah memperlihatkan gaya politik ” double standard” .

Katanya, Rafizi nampaknya berpendirian berat sebelah dan hanya mahu menjamin kedudukan dengan mempertahankan individu yang dapat memenuhi kepentingan beliau sahaja. Bernama

Title Raja Lawak sudah dirampas oleh Lapiji

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru