Monday, December 5, 2022

PM Najib: Pembangkang tak berjejak di bumi nyata, banyak buat pusingan U

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri berkata pembangkang  tidak berjejak di bumi nyata dan hanya boleh membuat janji kerana mereka tidak perlu memberi bukti dan fakta sebenar.

“Mereka tak pijak atas bumi yg nyata dan  tak berasas pada realiti. Mereka boleh cakap apa mereka suka asalkan sedap didengar,” katanya.

“Kalau tiada sumber kukuh kita tak boleh bina sekolah, jalankan khidmat kesihatan, kawal keselamatan dengan anggota polis, tentera untuk beri biasiswa, untuk penjawat  awam, bayar pencen. Ini semua perlukan sumber kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan pembangkang berkaitan isu GST  pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam tadi.

Dengan merujuk kepada isu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST),  beliau berkata dahulu pembangkang menentang pelaksanaannya, kini mula bertukar  pendirian dalam isu berkenaan.

Untuk itu, Datuk Seri Najib Razak menasihati pengundi  supaya tidak mudah terperangkap dengan  janji pembangkang yang belum pasti dapat ditunaikan demi meraih sokongan.

“Tapi realitinya mana-mana kerajaan mesti berdiri atas sumber hasil yang kukuh.

Malah bagi Najib, membuat kenyataan ‘pusingan U’ merupakan perkara biasa bagi pembangkang.

“Banyak lagi U-turn mereka akan buat…ada yang tiga kali U-turn isu yang sama,” katanya sinis. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru