Saturday, May 21, 2022

Kirim barang secara online terima dadah melalui kurier!

Secara Rawak

KUCHING: Terdapat mangsa yang membeli barangan secara online melaporkan dia bukan sahaja mendapat barangan yang dipesan, bahkan turut menerima dadah yang dihantar bersama barangan terbabit.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor mendedahkan insiden tersebut pada sidang media yang diadakan Rabu selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).

Gambar fail

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai agar waspada dengan urusan jual beli atas talian demi mengelak menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah.

Individu dinasihatkan agar mengambil tahu secara detil individu atau syarikat yang menjual barangan atas talian sebelum bersetuju membuat pembelian.

Dalam kes lain, terdapat pelanggan yang membeli secara online tetapi tidak menerima barang yang ditempah, sebaliknya dia menerima dadah yang dihantar melalui kurier.

Bercakap kepada pemberita, Mazlan turut meminta pihak institusi pengajian tinggi (IPT) agar meneliti latar belakang pelajar warga asing yang memohon melanjutkan pengajian di Sarawak.

“Kita tidak mahu ada antara mereka yang datang melibatkan diri dalam perniagaan dadah, termasuk sebagai pengedar dengan memasuki negeri ini atas alasan sebagai pelajar,” ujar beliau memetik Sarawakiana.

Mereka ini menurut Mazlan perlu diteliti latar belakang demi mengelak memasuki institusi pengajian sebagai tiket melanggar undang-undnag negara ini.

Mazlan berkata, pada tahun ini terdapat kes pengedaran dadah melibatkan warga asing yang menuntut di IPT swasta di negeri ini. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru