Tuesday, September 27, 2022

Balak daripada spesies Tapang ditebang haram di Jelalong, SFC turut temui 52 balak lain

Secara Rawak

BINTULU: Dua batang balak daripada spesies terlindung Tapang dan 52 lagi balak haram berjaya diselamatkan oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) semasa operasi penguatkuasaan di Sungai Mekapan, Jelalong, Rasan di sini pada Ahad.

Menurut satu kenyataannya, pasukan penguat kuasa yang terdiri daripada pegawai One-Stop Compliance Centre di Tubau dan Pejabat Wilayah Bintulu menemui dua batang balak itu ketika melakukan rondaan rutin.

“Dua batang balak itu kemudiannya dikenal pasti daripada spesies Tapang; yang dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar, 1998.

“Siasatan lanjut di kawasan tersebut kemudian turut menemukan 52 lagi balak yang dipercayai telah ditebang secara haram.

Menurut SFC, laporan polis mengenai kes tersebut telah dibuat dan balak yang diselamatkan telah diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tujuan siasatan dan pelupusan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru