Tuesday, June 28, 2022

Ditinggal isteri, lelaki bunuh bayi “live” di Facebook

Secara Rawak

BANGKOK: Lelaki Thailand menyiarkan secara langsung adegan ngeri dia membunuh anak perempuannya berusia 11 bulan, di Facebook, sebelum dia kemudiannya membunuh diri.

Video ngeri tersebut sempat tersiar 24 jam sebelum disekat pihak Facebook pada Selasa sekitar 5 petang dan sudah ditonton 370,000 netizen.

Wuttisan Wongtalay mengikat leher bayinya dengan tali sebelum melemparkan bayinya itu dari atap bangunan tidak berpenghuni, di Phuket, Thailand.


Adegan bunuh diri Wuttisan tidak tersiar di Facebook, namun mayatnya ditemui di samping bayi malang itu.

CNN melaporkan, polis penyiasat kes tersebut, Jullaus Suvannin berkata Wuttisan paranoid selepas ditinggalkan isterinya, yang dikatakan tidak mencintainya lagi.

Setakat ini, tiada kenyataan daripada isteri Wuttisan. Namun, tayangan televisyen menunjukkan isterinya sangat sedih atas kematian bayinya.

Minggu lepas Facebook menyebut mereka sedia mengkaji ulang isi kandungan bahan keganasan serta sensitif lainnya, selepas muat naik video pembunuhan seorang lelaki warga emas di Cleveland, Ohio.

CEO Facebook Mark Zuckerberg berkata pihaknya sedia melakukan pelbagai usaha agar hal serupa tidak berlaku pada masa depan.

Memetik Reuters, jurucakap polis Thailand Kissana Phathanacharoen berkata pembunuhan siaran langsung melalui Facebook yang pertama di negara itu mungkin disebabkan pengaruh luar negeri seperti berlaku di Cleveland. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru