Sunday, November 27, 2022

Bayi dikuburkan hidup-hidup tiga hari masih bernyawa

Secara Rawak

KWAZULU-NATAL: Seorang pekerja kilang kayu di bandar Paddock, KwaZulu-Natal di Afrika terdengar tangisan bayi lantas bertindak mencarinya.

Dia kemudian menemui seorang bayi tersembunyi di bawah pasir dan kayu.

Dalam kekecohan terjumpa bayi tersebut, tampil pekerja wanita di kilang yang sama mengaku kepada pihak berkuasa, dia merupakan ibu kepada bayi berkenaan.

AljazirahNigeria pada Sabtu melaporkan wanita berusia 25 tahun itu, dari bandar Izingolweni daerah Ugu KwaZulu-Natal mengaku terpaksa mengubur bayinya tiga hari lalu.

Tiga hari bayi tersebut ditimbus dengan pasir dan kayu yang diambil dari kilang berkenaan.

Dia takut dimarahi ibu bapanya sekiranya mengetahui dia melahirkan anak lagi.

Menurut The Sun pada Sabtu, pegawai polis Gerald Mfeka berkata, bayi lelaki tersebut merupakan anak kedua wanita berkenaan.

Sebelum ini dia memiliki anak perempuan berusia empat tahun.

Bayi tersebut kini dirawat di sebuah hospital berdekatan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru