KABONG: Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Bawah 18 Peringkat Bahagian Betong bermula hari ini.

Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman Kabong menjadi gelanggang pertandingan sepanjang kejohanan.

Sebanyak tujuh pasukan iaitu SMK Kabong ,SMK Kalaka Roban, SMK Saratok, SMK Beladin, SMK Saribas SMK St. Augustine Betong dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Betong menyertai kejohanan.

Dengar taklimat…..MRSM Betong dan SMK Kalaka diberi taklimat sebelum bertarung.

Kejohanan yang membariskan pemain berusia bawah 18 tahun itu merupakan edisi yang ke-14 anjuran Jabatan Pendidikan Bahagian Betong dengan SMK Kabong dipilih selaku tuan rumah kejohanan untuk edisi pada kali ini.

Jurucakap kejohanan, Yuseri Pon memberitahu kejohanan akan berlangsung sehingga Khamis.

“Sepanjang kejohanan padang SMK Kabong ( Padang A ) padang SK Abang Leman (Padang B) menjadi tempat rasmi berlangsungnya perlawanan.

“Kejohanan ini menjurus kepada objektif untuk mencari wakil bahagian Betong untuk ke pertandingan peringkat negeri yang akan berlangsung selepas ini,” ujarnya.

Untuk perlawanan pembukaan yang bermula seawal jam 7.30 pagi ini, pasukan SMK Kalaka Roban menyingkap tirai kejohanan dengan menentang pasukan MRSM Betong di padang SK Abang Leman (Padang B) manakala pasukan SMK Saribas menetang pasukan SMK Beladin di padang SMK Kabong ( Padang A ). – Sarawakvoice

Bola Sepak MSSM Bahgian Betong berpusat di Kabong