Ancaman Perang: Amerika Syarikat  rancang keluarkan 230,000 rakyatnya dari Korea Selatan

WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengeluarkan  sekitar 230,000 rakyatnya dari Korea Selatan sebagai antisipasi ancaman serangan nuklear Korea Utara.

Keadaan di Semenanjung Korea kian meruncing akhir-akhir ini terutama setelah armada penggempur Angkatan Laut AS yang dipimpin kapal induk USS Carl Vinson diarahkan ke wilayah tersebut.

Korea Utara mengancam akan menembakkan senjata nuklearnya jika armada perang  AS memasuki Semenanjung Korea dan membahayakan negaranya.

Tentera  AS di Korea Selatan telah mula mengadakan latihan evakuasi sebagai pesiapan jalan keluar untuk ratusan ribu warganya, lapor Express.uk

Rancangan itu dinamakan sebagai Courageous Channel yang akan mempersiapkan jalan keluar yang aman jika terjadi konflik.

AS bimbang jika Pyongyang menyerang, orang awam  termasuk anggota keluarga tentera yang tinggal di dan sekitar ibu kota Seoul kemungkinan akan terperangkap.

Seoul  terletak hanya 35 batu dari sempadan Korea Selatan dan Korea Utara.

Jarak itu mudah dijangkau oleh belasan ribu peluru Korea Utara yang telah diletakkan dalam mode menyerang. 

Courageous Channel terbaharu ini dikatakan sebagai latihan evakuasi paling realistic di Semenanjung Korea, dengan para pesertanya dibawa terbang keluar dari daerah tersebut.

Namun menurut sumber tentera,  Courageous Channel akan hanya  dimulai pada  Jun. – Sarawakvoice