Sunday, December 5, 2021

Dua beranak cedera kereta bertembung di lampu isyarat Jalan Stephen Yong

Secara Rawak

KUCHING: Dua beranak cedera, manakala ibunya tersepit selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di persimpangan lampu isyarat Jalan Stephen Yong – Batu Kawa, di sini lewat petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.44 petang.

“Sepasukan 10 anggota dengan satu jentera dan ambulans EMRS dikejarkan ke lokasi dan tiba 10 minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Toyota Avanza yang bertembung dengan sebuah Perodua Kancil di persimpangan lampu isyarat tersebut.

“Seorang mangsa iaitu pemandu Perodua Kancil mengalami kecederaan ringan manakala seorang lagi mangsa iaitu ibunya yang duduk di kerusi penumpang tersepit.

Pemandu Toyota Avanza pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pasukan penyelamat kemudian mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan dua mangsa tersebut dengan menggunakan peralatan Hydraulic Rescue Tools.

“Sejurus dikeluarkan, mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan menggunakan ambulans EMRS.

Mangsa yang cedera dikenal pasti sebagai Jusa Chee, 66 tahun dan anaknya, Cindy Peter, 31 tahun. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru