Saturday, December 3, 2022

Lelaki bunuh, kerat,  simpan mayat dalam peti sejuk, dan buang ke dalam sungai

Secara Rawak

BANGKOK: Mahkamah di sini menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki warga Sepanyol semalam selepas dia didapati bersalah membunuh sebelum mengerat, memasukkan mayat di dalam peti sejuk dan membuang mayat rakan senegaranya.

Artur Segarra, 38, didapati bersalah atas tuduhan merancang pembunuhan David Bernat, 40, menculik, menyeksa, dan menyembunyikan mayat mangsa, selain mencuri wang mangsa.

Sebahagian anggota badan mangsa yang dikerat ditemui di Sungai Chao Phraya, Nonthaburi dan Pathum Thani di sini pada Februari lalu.

Foto SBKK

Segarra dikatakan menyembunyikan Bernat di apartmennya di Huay Khwang di sini pada bulan Januari tahun lalu, serta mendera beliau untuk mendapatkan nombor pin ATM.

Segarra kemudiannya mencuri 734,940 bth (AS$21,389) daripada Bernat, seorang ahli perniagaan.

Sebuah buku yang mengandungi arahan teknik memotong mayat turut ditemui di kediamannya.

Foto SBKK

Segarra tenang sepanjang hakim membacakan keputusan berkenaan yang diterjemahkan kepadanya oleh seorang penterjemah ke dalam bahasa Sepanyol.

Peguam Segarra berkata, anak guamnya itu mengaku tidak bersalah dan akan merayu keputusan berkenaan.

Lelaki terbabit melarikan diri tetapi berjaya ditangkap di Kemboja sebelum dihantar balik ke Thailand pada Februari tahun lalu untuk dibicarakan.

Media Thai dan Sepanyol melaporkan ketika sampai di mahkamah pada Jumaat, Segarra menunjukkan telapak tangannya dengan ayat daripada Kitab Injil daripada Lucas 23:34: “Father, forgive them, for they know not what they do.” – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru