KUALA LUMPUR: Putera Mahkota Jepun, Putera Mahkota Naruhito hari ini memulakan lawatan rasmi lima hari ke Malaysia dengan meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sebagai tanda penghormatan kepada pejuang negara yang terkorban.

Putera Mahkota Naruhito tunduk dan bertafakur selepas meletakkan kalungan bunga putih di hadapan struktur itu yang dibina bagi mengenang perajurit yang gugur ketika berjuang untuk negara, yang terletak berhampiran Taman Tasik Kuala Lumpur.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim, yang juga Menteri Pengiring.