Saturday, December 3, 2022

Bayi masih hidup ketika dibuang, kes dipinda kepada tuduhan membunuh – Dev

Secara Rawak

KUCHING: Polis Sarawak kini mengklasifikasikan kes buang bayi melibatkan seorang penuntut tahun tiga sebuah kolej swasta di sini pada Selasa lalu sebagai kes bunuh.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, pindaan kes daripada Seksyen 318 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana terdapat bukti forensik bahawa bayi tersebut masih hidup ketika dibuang.

“Sabit kesalahan, suspek yang juga ibu bayi terbabit yang berusia 24 tahun dari Belaga bakal berhadapan hukuman gantung sampai mati.

Ketika ini katanya, suspek yang sedang menjalani rawatan di Hospital Umum Sarawak masih dalam perintah tahanan reman tujuh hari sehingga 19 April depan, untuk membantu siasatan.

Kes yang menarik perhatian umum ini bermula dengan penemuan mayat bayi berkenaan di dalam kotak merah, yang dibuang di dalam tong sampah di Apartmen Samajaya, dekat sini, Selasa lalu.

Polis yang dimaklumkan berhubung penemuan oleh pekerja pembersihan apartmen itu tidak menunggu lama untuk menahan wanita terbabit yang menghuni apartmen yang sama.

Mangsa yang juga bayi perempuan dilahirkan sekitar jam 6.30 pagi di bilik air di apartmen berkenaan, sebelum dibuang tanpa sebarang balutan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru