Negara G-7 desak gulingkan segera rejim Assad di Syria

0
4
Foto Canada’s Foreign Policy—Global Affairs Canada

ITALY: Negara G-7 terdiri daripada Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Britain dan Amerika Syarikat mendesak agar Presiden Syria Bashar al-Assad digulingkan segera.

Kumpulan G7 berpendapat jika Assad terus berkuasa, dunia tidak akan menyaksikan berlaku pelan damai di negara berkenaan.

Bahkan, Assad sebaliknya akan terus mengasak penentangnya dengan jenayah kekerasan.

Menteri Luar Perancis Jean-Marck Ayrault berkata kepada wartawan selesai pertemuan Menteri Luar G-7 di Itali pada Selasa, “Menteri Luar G-7 sepakat bahawa tidak ada masa depan bagi Syria jika terus bersama Bashar al-Assad.”

Foto Canada’s Foreign Policy—Global Affairs Canada

Cadangan penggulingan Assad semakin keras di kalangan negara Barat selepas diktator itu melancarkan serangan senjata kimia gas sarin di wilayah Kota Khan Sheikhun, Idlib pada Selasa lepas mengorbankan sekitar 80 jiwa termasuk kanak-kanak dan wanita.

Syrian Observatory for Human Rights melaporkan kebanyakan orang awam turut cedera dalam kejadian tersebut.

Puluhan yang lain turut menghidap gangguan pernafasan akibat serangan ini.

Washington membalas Syria dengan melancarkan 59 peluru berpandu Tomahawk ke atas pangkalan tentera udara Syria di Homs pada pagi Jumaat lepas.

Dalam kenyataan tersebut, Ayrault turut mendesak agar Rusia mengakhiri sokongan dan persongkolannya dengan jenayah perang rejim Assad.

Ayrault menambah, “ini bukan sikap agresif terhadap Rusia, tapi lebih pada menegaskan tujuan yang jelas dalam situasi ini.”

Menurut AFP, Barat meminta Rusia agar mengendalikan Syria dan menghentikan penggunaan senjata kimia oleh rejim Assad.

Barat menganggap Assad ialah penjenayah perang. – Sarawakvoice