Saturday, December 3, 2022

Kastam sasar pungut RM3 bilion GST melalui operasi CBOS 3.0

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Indera Subromaniam Tholasy mengingatkan peniaga, wang kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) datang daripada rakyat, justeru peniaga tidak berhak menyimpannya.

Peniaga perlu menyerahkan kepada kerajaan agar wang tersebut dapat digunakan oleh semuka oleh kerajaan untuk membantu rakyat.

Bercakap pada sidang media sempena Majlis Pelancaran CBOS 3.0 di ibu pejabat Kastam Sarawak, Petra Jaya pada Isnin, Subromaniam menegaskan syarikat terlibat diberi tempoh 30 hari menyerahkan pungutan GST kepada kerajaan.

Datuk Indera Subromaniam Tholasy

Mereka yang melengahkannya diambil tindakan dari segi auditan menyeluruh atau  kastam mengeluarkan notis menuntut semula cukai taksiran tersebut.

Malah, Subromaniam berkata kastam turut membekukan akaun atau menyita syarikat yang melarikan cukai atau memungut GST tetapi tidak membayar kepada kerajaan.

Subromaniam berkata, pada Operasi CBOS yang dijalankan di seluruh negara tahun lepas, kastam berjaya memungut GST RM1.5 bilion.

Sementara, dalam operasi yang dijalankan di Sarawak bagi tempoh September hingga Disember 2016, Kastam Sarawak berjaya menyelamatkan hasil GST RM22 juta.

Bagi Januari-Mac 2017 Kastam Sarawak berjaya menyelamatkan GST lebih RM16 juta.

Jabatan Kastam melancarkan Operasi Strategi Lautan Biru Kastam (CBOS) 3.0 bertujuan melonjakkan pungutan hasil GST RM3 bilion tahun ini.

Melalui operasi tersebut kastam menyasarkan 200,000 syarikat yang berdaftar di bawah GST di seluruh negara, yang didapati tidak menghantar penyata cukai, tidak membuat bayaran penuh serta gagal melunaskan bayaran cukai. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru