Tuesday, October 4, 2022

Polis Sarawak tahan 34 suspek dalam operasi perjudian haram

Secara Rawak

MIRI: Polis menahan 34 suspek berusia antara 15 dan 23 tahun dalam 23 serbuan terhadap premis perjudian haram di Sarawak, minggu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata operasi itu dijalankan dari 3 hingga 9 April, dengan 21 serbuan adalah terhadap mereka yang menjual tiket loteri haram di kaunter.

“Sebanyak 25 individu ditahan dalam 21 serbuan terhadap penjualan tiket loteri haram, dan wang tunai RM7,327 turut dirampas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan itu disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Operasi terhadap perjudian haram di negeri ini akan dijalankan secara berterusan,” katanya. Bernama

Gambar fail

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru