Wednesday, December 7, 2022

KJ bengang aksi gagal pemain muda BAM dalam Celcom Axiata Terbuka Malaysia

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Bengang dan kecewa. Itu rangkuman perasaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin terhadap kegagalan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Semuanya kerana kegagalan persatuan itu memberikan pelapis mantap, dan prestasi buruk pemain muda negara dalam Celcom Axiata Terbuka Malaysia.

“Ia bayangan negatif untuk Sukan SEA Kuala Lumpur (19-31 Ogos) ini.

Sandaran sepanjang masa, Datuk Lee Chong Wei tidak akan beraksi dalam temasya dwitahunan itu apabila menyertai Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland.

Foto 羽你同行

Maka, ia tugas berat digalas skuad muda badminton negara, dengan tujuh pingat emas ditawarkan di Axiata Arena Bukit Jalil.

“Sudah pasti saya kecewa dengan prestasi pemain kita, lebih-lebih lagi ini adalah kejohanan kita sendiri.

“Saya melihat pemain perlu lebih konsisten. Sebagai contoh (Tan) Wee Kiong dan (Goh) V Shem yang walaupun memegang ranking nombor satu dunia tetapi tewas di peringkat awal,” katanya.

Dalam aksi di Stadium Perpaduan Negeri Sarawak itu, pemain muda negara sekadar mara ke pusingan kedua — membabitkan perseorangan wanita, Goh Jin Wei dan tiga beregu.

Pada Ahad lalu, kecewa Chong Wei pada 2015 berulang apabila tumpas dua set kepada Lin Dan di pentas akhir, ketika beliau sendiri melaungkan tiada tekanan untuk kejohanan tersebut. – Sarawakvoice

Pencapaian pemain negara dalam Terbuka Malaysia:

Akhir:
• Lee Chong Wei

Pusingan kedua :
• Goh Jin Wei
• Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
• Chooi Kah Ming-Low Juan Shen
• Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean

Pusingan pertama:
• Soniia Cheah
• Lim Yin Fun
• Hoo Pang Ron-Peck Yen Wei

Pusingan kelayakan:
• Soo Teck Zhi
• Tan Chun Seang
• Cheam June Wei
• Chong Yee Han

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru