Sunday, January 23, 2022

Pemegang akaun Facebook ditahan kerana hina, fitnah polis Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Polis menahan seorang pemegang akaun Facebook di sini awal hari ini kerana dikatakan memfitnah dan menghina polis Bandandaraya Kuching dalam catatannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuching, Datuk Dev Kumar berkata lelaki itu, kakitangan kontrak Dewan Bandaraya Kuching Utara ditahan kira-kira rumah 1 tengah hari di rumahnya.

Sebuah telefon bimbit dirampas daripada suspek berusia 37 tahun itu yang direman sehingga Khamis untuk membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek telah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak datang ke Stadium Perpaduan Sarawak atau menghadapi risiko disaman oleh polis trafik.

Stadium tersebut ialah venue bagi Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang berlangsung.

Pada 10.15 malam tadi, polis menerima laporan yang dibuat terhadap suspek yang menggunakan nama “Amirul Esok”.

“Siasatan menunjukkan suspek sebelumnya telah disaman kerana memandu kenderaan tanpa lesen memandu dekat stadium dan ini menyebabkan dia berasamarah,” kata Dev dalam satu kenyataan.

Kes itu disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

Setakat ini, 20 orang di negeri ini telah ditahan kerana pelbagai kesalahan dalam talian, kata beliau. Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru