Tuesday, December 6, 2022

FAM temui pengadil untuk laksanakan teknologi VAR di Malaysia

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Mutu pengetahuan pengadilan dan bola sepak tempatan akan ditingkatkan dengan pengenalan teknologi VAR dalam kejohanan tempatan, kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Menurutnya, FAM akan mengadakan mesyuarat bersama-sama para pengadil pada esok, 11 April mengenai penggunaan teknologi tersebut.

Datuk Hamidin Mohd Amin

Pada masa yang sama, Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah membuat keputusan untuk melantik jurulatih dari luar negara untuk melatih para jurulatih tempatan dalam Persatuan Jurulatih Malaysia.

“Mereka akan pergi ke setiap negeri untuk melatih dan memberi tunjuk ajar kepada jurulatih-jurulatih bagi melonjakkan mutu pengetahuan akan pengadilan bola sepak dalam kalangan jurulatih tempatan,” tambahnya lagi.

Ia merupakan sebahagian daripada transformasi yang dilaksanakan oleh Tunku Ismail setelah memegang teraju sukan nombor satu negara itu. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru