Tuesday, October 4, 2022

Pas: Sungguh dangkal dan pengecut fitnah Rafizi

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Pas mencabar Anggota Parlimen Pandan  Rafizi Ramli jika dia  anak jantan,  dia perlu membuktikan segera tuduhan   ‘bahawa orang yang rapat dengan pimpinan Pas telah didapati menerima wang 1MDB’.

Ketua Penerangan Pas Mohd Nor Hamzah berkata, hanya orang yang kurang akal sahaja yang membuat tuduhan tanpa bukti kukuh kemudian menyuruh tertuduh membuktikan diri tertuduh tidak bersalah.

Sedangkan, kata Mohd Nor,  berbelas-belas tahun  Parti Keadilan Rakyat (PKR) melawan tuduhan yang dibawakan bukti-bukti terhadap salah laku Ketua Umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mereka mengubah sistem pembuktian setelah berkawan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sungguh dangkal dan pengecut tindakan memfitnah ini. Jika benar sudah membenci Pas, dengan ada bukti yang jelas, laporkan sahaja kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan agar nanti mudah pada PRU, tiada gangguan daripada Pas,” katanya.

“Langkah ke Putrajaya kamu akan menjadi lebih mudah. Itu pun jika rakyat memilih kamu kerana gembira dengan mainan politik jijik kamu ini,” katanya dalam satu kenyataan.

“Cubaan menenggelamkan kejayaan pembentangan RUU 355 itu oleh pereka cerita fitnah (yang gagal) setebal 90 muka surat kepada mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga orang kanan PKR suatu ketika dahulu, menerusi Naib Presiden PKR sekarang Rafizi Ramli,” ujarnya.

“Bagaikan ketagihan memfitnah, Rafizi terus dan terus berusaha gigih membaiki mutu fitnahnya. Malang bagi beliau, di sebalik mutu fitnah yang diharapkan semakin bertambah baik, beliau melakukannya dengan mutu yang semakin teruk. Rafizi patut lebih tekun belajar memfitnah, terutama apabila sudah berbaik-baik dengan Tun Mahathir sekarang ini, orang yang PKR kata memfitnah DS Anwar suatu masa dahulu,” tambahnya.

“Dengan menyebut ‘orang yang rapat’ dengan pimpinan Pas sahaja, adakah berkualiti fitnah itu? Jika benar sekalipun ‘rapat’, adakah rakan rapatnya juga terpalit kalau seseorang itu berbuat onar?,” katanya.

Jika begitu, katanya lagi,  Rafizi juga sepatutnya dipertanggungjawabkan memfitnah Anwar kerana beliau sekarang sudah rapat dengan Mahathir.

“Dan Rafizi juga boleh disabitkan sebagai golongan pembenci Islam kerana rapat dengan DAP yang nyata anti Islam itu. Mungkin boleh kita kata Rafizi jenis tidak amanah suka bawa lari kerusi parlimen atau Dun kerana rapat dengan ahli parlimen PAN yang telah melarikan kerusi PAS secara batil,” katanya.

Tambahnya, fitnah yang rendah kualiti ini juga dikesan kerana dia mahu rakyat menunggu sehingga berminggu-minggu sebelum dia mendedahkan bahagian yang seterusnya.

“Ini tidak lebih hanya mahukan rakyat terpaku menunggu, dan terus menuduh PAS, agar tumpuan kejayaan membentang pindaan RUU 355 itu dilupakan rakyat. Politik kotor gaya Machiavelli, matlamat menghalalkan cara,” ujarnya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru