MARUDI: Selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan, mayat seorang kelasi kapal warga India berjaya ditemui pagi semalam, kira-kira 10 kilometer dari lokasi terakhir dia dilaporkan hilang.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, mangsa ditemui oleh pasukan SAR yang menaiki bot polis sekitar jam 9.30 malam di kawasan Kampung Long Banyok.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Miri untuk tujuan bedah siasat sebelum pengurusan selanjutnya dilakukan oleh majikan mangsa,” katanya.

Mangsa yang dikenali sebagai Shubham Patidar, 22 tahun, telah terjatuh ke dalam sungai ketika menarik tali kapal dari kapal tunda Wood Man 21,sekitar jam 4 petang Khamis lalu.

Pihak majikan dan rakan sekerja cuba mencari mangsa namun gagal sebelum melaporkannya kepada pihak polis dan bomba.

Menurut Ling Hii, pasukan SAR daripada Balai Bomba dan Penyelamat Marudi kemudian telah menggunakan bot kevlar dengan menyusuri Sungai Tinjar dari Marudi hingga ke Long Lama, manakala pasukan SAR polis menyusur ke laluan ke Long Banyuk bagi misi pencarian. – Sarawakvoice