AS bayangkan serangan lanjut menghukum Syria belum berakhir!

0
2

NEW YORK: Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Nikki Haley memperingatkan bahawa serangan AS terhadap Syria belum dihentikan dan tindakan lanjut mungkin akan diteruskan.

AS menganggap tindakan yang dilakukannya tepat kerana mendakwa pangkalan udara Syria yang diserang pada pagi Jumaat itu bertanggungjawab melancarkan serangan senjata kimia gas sarin membunuh penentang Bashar al-Assad di Idlib.

Angkatan Laut AS di Laut Tengah Mediteranean menembak peluru berpandu menyerang pangkalan udara Shayrat, di wilayahHoms, sekitar 4.40 dinihari waktu setempat.

Serangan tersebut merosakkan pesawat tempur Syria, hangar pesawat, tempat menyimpan amunisi serta sistem pertahanan udara.

Memetik laporan BBC, Nikki Haley menjelaskan AS tidak duduk diam ketika ada negara menggunakan senjata kimia.

Syria dan Rusia pula mendakwa bahawa serangan 59 peluru berpandu Tomahawk AS tidak membantu tujuannya dalam perang melawan terorisme.

Moscow selaku sekutu rejim Bashar di Syria berjanji memperkuat sistem pertahanan antipesawat terbang Syria.

Sekitar enam tentera dilaporkan terkorban akibat serangan peluru berpandu AS pada pagi Jumaat itu.

Kumpulan penentang kerajaan Bashar di Idlib mendakwa Rusia turut membantu Syria dalam mengorbankan 89 penduduk Idlib dengan gas beracun termasuk 33 kanak-kanak, 18 wanita.

Mangsa serangan gas sarin pada Selasa muntah-muntah, mata terbelalak dengan mulut berbuih.

Bahkan, penentang Bashar turut menuduh Syria menggunakan senjata kimia semasa menyerang wilayah Khan Sheikhoun.

Nikki Haley bercakap dalam sidang darurat Dewan Keselamatan PBB bahawa tujuan tindakan AS bermaksud agar rejim Bashar tidak menggunakan senjata kimia lagi.

“Ini kepentingan keselamatan nasional untuk mencegah penggunaan senjata kimia,” ujar Nikki.

Iran dan Rusia turut dituding kerana menyokong Syria melakukan kejahatan perang.

“Memperkuat Assad menyebabkan lebih banyak pembunuhan,” kata Nikki. – Sarawakvoice