Krisis membengkak, kapal perang Rusia lindungi Syria dari serangan AS

0
5

MOSCOW: Ekoran serangan Amerika Syarikat ke atas Syria pada subuh Jumaat, semalam, sekutu Damascus, Rusia mengarahkan kapal perangnya Admiral Grigorovich menjaga perairan Syria di timur Laut Mediterranean.

Menurut Fox News, Presiden Rusia Vladimir Putin mengarahkan kapal perangnya dari Laut Hitam bergerak menjaga perairan Syria.

Beiau berkata, Moscow sedia mempertingkat sistem pertahanan Bashar al-Assad dari serangan peluru berpandu selepas AS melancarkan serangan 59 peluru berpandu Tomahawk ke atas pangkalan Homs.

Presiden AS Donald Trump mengarahkan kapal perang AS menyerang Syria selepas  rejim Bashar al-Assad dipercayai menyerang warga awam termasuk bayi dan kanak-kanak di Idlib dengan gas beracun sarin membunuh sekitar 70 jiwa.

Penganalisis melihat tindakan Putin dianggap sebagai mencetus krisis parah antara Rusia dengan pihak sekutu Barat.

Lebih-lebih lagi menurut agenis berita Rusia, TASS, laluan kapal perang Admiral Grigorovich diletakkan pada jalur sama dengan kapal Tentera Laut AS yang melancarkan peluru berpandu ke atas Syria.

Putin menyifatkan serangan AS terhadap Syria sebagai perbuatan kejam.

Putin membatalkan perjanjian Rusia-AS melibatkan isu pertembungan antara jet pejuang mereka di ruang udara Syria.

Sementara, dalam perkembangan terbaru, Fox News melaporkan salah satu kapal pemusnah AS yang melancar serangan ke atas Syria, mula menuju lokasi baru yang tidak didedahkan sedia melakukan operasi seterusnya.

Kapal tersebut yang sedang mengadakan latihan bersama kapal perang Turki di Laut Hitam dikerah menjalankan operasi serangan ke atas Syria. – Sarawakvoice